Mutiara Kata

SABDA RASULULLAH S.A.W, "ORANG YANG MEMULAKAN MEMBERI SALAM ADALAH TERLEPAS DARIPADA SIFAT SOMBONG DAN TAKABBUR" (RIWAYAT AL-BAIHAQI & AL-KHATIB)
ASSALAMUALAIKUM....................

Friday 18 November 2011



TERIMA KASIH CIKGU
SELAMAT BERCUTI
JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN

Wednesday 16 November 2011

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 - TAYAMMUM

APA MAKNA TAYAMMUM

Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang suci ke muka dan ke dua belah tangan sebagai ganti wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit, terlalu sejuk atau sebagainya. Keharusan tayammum telah sabit dalam al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulamak. Firman Allah di dalam al-Quran (bermaksud);

“Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang suci, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu”. (al-Maidah: 6).

BILA DIHARUSKAN BERTAYAMMUM

Secara dasarnya, ada dua sebab yang mengharuskan tayammum:
1. Kerana keputusan air; sama air tidak ada langsung atau ada sedikit dan tidak cukup untuk mengambil wudhuk.
2. Kerana tidak mampu menggunakan air

Apakah contoh-contoh keadaan yang mengharuskan tayammum kerana tidak mampu menggunakan air?

1. Tidak mampu menggunakan air kerana sakit, atau bimbang bertambah sakit, atau bimbang lambat sembuh. Hal tersebut diketahui dengan pengalaman atau makluman dari doktor.
2. Air yang ada diperlukan (untuk minum dan sebagainya) pada ketika itu atau akan datang.
3. Terdapat sangkaan yang kuat dalam dirinya bahawa akan ditimpa sakit jika ia menggunakan air.
4. Takut kepada musuh yang menghalangnya dari mendapat air sama ada musuh itu manusia atau binatang buas.
5. Air diperlukan untuk minuman haiwan yang bersamanya seperti kudanya atau sebagainya.
6. Air diperlukan untuk menguli tepung, untuk memasak dan sebagainya.
7. Air diperlukan untuk membasuh najis yang tidak dimaafkan (yakni mesti dibersihkan).
8. Bimbang kepada sejuk yang bersangatan jika musim sejuk luar biasa.

RUKUN TAYAMMUM

1. Niat: Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan bersolat fardhu kerana Allah taala.
2. Menyapu debu tanah ke muka.
3. Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku.
4. Tertib.

CARA BERTAYAMMUM:

1. Selepas berniat kita hendaklah menepuk kedua-dua belah tangan pada debu tanah.
2. Tepukan pertama untuk disapukan ke muka.
3. Tepukan kedua untuk disapu dikedua-dua belah tangan hingga ke siku.
Debu pada tangan kiri untuk disapukan ke tangan kanan manakala debu pada tangan kanan untuk
disapukan ke tangan kiri.

VIDEO AKTIVITI TUNJUKCARA MELAKUKAN TAYAMMUM

)



Renungan MATAHATI

TAWAKAL


Rasulullah s.a.w bersabda: " Mereka yang mempunyai hati nurani ( sifat tawakal ) seperti seekor burung ( yang mencari makan setiap hari ), pasti dia dimasukkan ke dalam syurga."
( Riwayat Muslim )


Tip-tip Tawakal dalam Rezeki


* Rezeki yang diperoleh datang daripada Allah dan dipinjamkan sementara kepada manusia di dunia.
* Rezeki yang kita perolehi hanyalah nikmat dunia yang bersifat sementara. Rezeki yang dinikmati sekarang tiada apa-apa nilai di akhirat nanti.
* Rezeki bukan sahaja merupakan nikmat, pada masa yang sama merupakan ujian.
* Rezeki bukan sahaja berbentuk material seperti harta benda, malah juga berupa kemanisan dalam ibadah, kesihatan, anak-anak yang soleh, ketenangan dan sebagainya.
* Allah berhak memberi rezeki kepada sesiapa sahaja dan berhak menahan rezeki daripada sesiapa jua. Oleh itu kita langsung tiada hak untuk mempersoalkan soal rezeki.